Sambutan Jubli Emas – 50 Tahun Politeknik

50 Tahun Jubli Emas Politeknik

Sejak kewujudan Politeknik bermula penubuhannya pada 1969, Politeknik yang terkenal dengan pendidikan TVET telah pun menghasilkan kira-kira setengah juta graduan yang memberi kesan positif kepada ekonomi industri tempatan khususnya dalam bidang kejuruteraan dan perkhidmatan.

Sehingga kini, terdapat 36 buah Politeknik berjaya diwujudkan sejak penubuhannya dimana Politeknik Ungku Omar merupakan politeknik tertua dan pertama ditubuhkan disertai hampir 99 Kolej Komuniti.

Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia 7 April 2019 Di Politeknik Ungku Omar (Puo) akan disempurnakan oleh Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Bt Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri (TPM)